trazy.com

18 April 2012

Perhentian Island vacation; part 1

Punya lah semangat aku tulis pasal our short vacation in perhentian island, tapi pastu aku save je post ni sebab malas nak sort gamba.
Bila baca post rahmah yang best, aku terus semangat balik. hehe!

btw, it was 3d2n vacation and oleh sebab ini adalah budget vacation katanya, maka kitorang decide nak drive je.
gerak from KL on the night of 12th april.
kononnya dengan yakin-darul-confirm paling lambat gerak by 8.30, satgi masing masing dengan keluar ofis lambat, pastu lapar so haruslah dinner dulu kan, dah tu pulak ada pulak nak beli 'necessary stuffs' so kitorang singgah jusco setiawangsa dulu.
last last pukul 10 malam barulah gerak.

the best think is that drive malam malam memang tak banyak kereta, so memang boleh pecut la.
sampai sampai kuala terengganu kami disambut oleh adik adik rempit. choyyy bawak motor lagi mau simpang siur between kereta.
kitorang singgah menginap dekat rahmah's fiance (ojan) punya family punya house dekat setiu.
sampai sampai masa tu pukul 4 am.
agak serba salah jugak sebab terpaksa kejut mak ojan to open the door for us.
tapi mak dia ni baik sangat boleh?
siap buatkan kitorang milo, hidang keropok ngan kacang pastu siap offer nak hidang nasi lagi.
nasib baik kitorang bagi excuse makan masa breakfast je.
kalau tak memang dah jadi macam sahur la kot makan nasi pukul 4 pagi =.=
thank God and to rahmah as well sebab bagi idea singgah rumah ojan.
at least kitorang dapat jugak la tido dalam 3 jam camtu.



the next morning, ojan sent us to Jeti Kuala Besut, which took around 30+ minutes kot?
aku tak berani tengok jam sebab masa tu kitorang dah lambat. hahahaha!
but then sampai sampai, kitorang tak lambat pun sebab uncle travel agent sabar menanti kitorang. hehe~




eh tiba tiba ojan pun ikut kitorang? supposely just for a 1 day round trip je tapi beliau free free dapat pegi snorkeling jugak.
dengan sehelai sepinggang nye tu. lantak kau lah kan asalkan kau bahagia.

sampai je check in dulu dekat coral view island resort.
then lepas letak barang terus tukar attire pantai. cecece~

aktiviti pertama haruslah posing posing ambik gambaaa~
feeling ala ANTM sikitttt.






then pastu kitorang decide nak mandi laut.
pukul 12 tengahari ok!
tapi sebab air pantai tu sangat inviting ye jadi kitorang redah je~

otw cari spot nak berendam.

see the water? bloop bloop!




dalam pukul 1 suku camtu kitorang pegi lunch sebab pukul 2.30 ada snorkelling trip.
order2 makanan satgi dekat pukul 1.50 baru makanan sampai kan. terpaksa makan dengan rushing.


makan tepi pantai. best~~~



lepas makan terus shuuuuuu pegi jeti.
just nice sampai dekat jeti je abang abang bot kitorang pun sampai~





on that evening je, kitorang pegi 4 stops for snorkelling.
dekat area perhentian je tapi.

1st stop aku tak tahu nama tempat tu tapi yang penting aku sangat excited sebab dapat tengok ikan and batu karang cantik cantik!
pastu boatman yang handle aku *since aku ni tak pandai berenang kannnn* pegi ambik gamat pastu nak pas dekat aku. gila menggelupur aku sebab geli dengan benda tu!
but then 2nd time dia ambik, aku pun berani2 kan diri la lalu berjaya la pegang gamat tu. tapi sumpah kalau gamat tu jenis yang menggelupur cam ikan, memang terpelanting ntah ke mana mana la bendalah tu once dapat kat tangan aku.

2nd stop betul betul dekat area jeti kitorang.
nak tengok penyu katanya.
boatman aku kata kalau ada, ada la.
satgi ada kauuuuu.
penyu tengah landing bawah laut.
pastu boatman aku cakap "kalau takde mat saleh ni semua saya boleh angkat penyu tu bagi awak pegang" yelaaaa, mat saleh gila semangat dive gi bawah siap posing sebelah penyu semua kan.
then tak lama lepas tu penyu tu berenang naik gi permukaan air.
terus boatman aku tarik aku.
dapat pegang penyu yaw! :D

pastu pegi 3rd stop dekat taman laut perhentian island.
5 minit je dari 2nd stop.
kat sini kitorang bagi ikan makan.
kau acah roti sikit satu kampung ikan datang.
cantik memang cantik oiy.
tapi dia punya gelojoh tu sampai 2 kali tangan aku kena gigit.
cesss nasib baik comel ok.

4th stop, depan sikit dari taman laut tadi.
kat sini pun bagi ikan makan jugak.
seronok gila bagi ikan makan ni rupanya.
kat sini aku macam dah tak larat jugak tapi nak jugak ikut snorkelling.
ntah boatman kitorang bawak pegi celah batu mana ntah, jauh jugak kena berenang, pastu dia tunjuk kat kitorang area 'Taman Nemo'.

so balik resort masa tu dah pukul 5 camtu.
ojan terus ikut bot balik jeti kuala besut. aku tak tau la camne dia drive balik dalam baju basah2 sume tu. hahaha~

kitorang mandi, siap siap sume then keluar kononnya nak tengok sunset.
dalam pukul 7 camtu.
malangnya sunset tak nampak sebab matahari terlindung kat balik pulau.

matahari takdop =.=



so kitorang terus pegi dinner.
masa ni memang aku dah mula rasa lemau dah. penat ok!
malam ni lah yang kitorang makan nasi pat puloh hengget tu.



balik bilik tu memang tak larat nak buat apa.
pukul 9 suku aku dengan zet memang dah terbongkang dah.
zzzzzzzzzz

3 comments:

  1. wow, ojan dengan 4 isterinya...

    *larik*

    ReplyDelete
  2. hahah!! lawak gile ojan dgn 4 isterinya. haha..

    weyh seriusly post ko dgn rahmah mmg buat aku nk pgi lagi weyh!! aaaaa!!

    ReplyDelete
  3. Anon - bengong =.=

    Ojan - dorg plan nk g akhir aug plk. Hahah!

    ReplyDelete

Ads Inside Post