19 April 2012

Perhentian Island vacation; part 2

ok sambung story.
setelah tido like for more than 10 hours on the first night, aku terjaga pukul 7 suku the next morning.
sebenarnya still boleh consider awal ok sebab kitorang kena tunggu dekat jeti pukul 930 for the redang trip.
tu pun dah berusaha golek sana golek sini tapi last last aku bangun gi mandi sebab mata memang tak ngantuk dah.

we just had our breakfast dalam bilik je.
makan biskut + air masak.
sihat sangat kannn. hahah.

so gerak pegi jeti, tengok tengok bot dah ada tapi boatmen takde. kitorang sampai awal 10 minit kot?
tepat 930 baru boatmen muncul.


camwhore sikitttt. ni guna note zetty. hehe.



tu dia bot kitorang. Lovely Travel & Tour. begituuu. lovely sangat tau.

we off to redang island and the journey took almost 1 hour la jugak.
sempat jugak aku tido dalam keadaan sopan a.k.a duduk. heheh.

sampai redang around 1030, then the boatmen kasi can kat kitorang untuk gi jalan jalan dekat area tepi pantai tu for 30 minutes.


we went to the side yang ada redang island resort, laguna redang island resort sume.
mula mula memang excited nak jalan jalan but then, terasa area tu panas yang amat!
maybe sebab kat situ long beach kan. serious, damn hot sampai sakit kepala.
dengan ramai orang nya lagi.



nampak tak orang ramai ramai tu? tu orang orang yang baru trun dari bot.
bot penumpang to redang totally different dengan perhentian.
bot to perhentian mostly boleh muat 12 people je tapi redang ni, berpuluh2 satu bot.

tak sampai setengah jam pun kitorang balik semula dekat boat pastu gitau boatmen kitorang nak masuk air! hahaha.
pastu masa tengah get ready tu tiba tiba abang bot sebelah kitorang pas anak penyu.
ya Allah comel yang amat!~
rasa nak celup tepung pastu goreng je! haha~


so ambik ambik gamba dengan anak penyu comel sikit,lepas tu teruss gedebush dalam air. *tak bape gedebush la sebab kitorang turun sopan. hehe!*




i have to agree yang coral dekat redang island adalah super cantik.
so colorful! :D

oh sebenarnya main reason snorkelling kat sini sebab nak tengok baby sharks.
and as expected memang ada baby sharks, and there were a lot of them. dapat tengok like 7-8 ekor jugak la.

and around 1130, we off to taman laut redang island.
ni lagi satu tempat yang memang cantik!





sampai sampai je terus lunch dulu.
oh btw, lunch pack was already provided by the marine park.
fyi, nak pergi marine park ni kena bayar rm5, which will be collected masa mula mula sampai dekat jeti kuala besut.
masa tu lunch kitorang was nasi goreng.
nasi goreng yang kitorang rasa masa tu memang terpaling sedap dalam dunia lah.
masa tengah penat, pastu panas pulak, lapar lagi...memang semua makanan jadi super sedap! zzzzzzz.

then lepas makan, kitorang pegi jalan jalan kejap, ambik gamba posing like nobody business kan. hehe.










pukul 130 pm camtu, boatmen jerit panggil kitorang.
so here we go, snorkelling lagi~~ :D
snorkelling dekat area tepi laut tu je pun.
and bagi makan ikan lah of course.
suka sangat bila hulur roti berduyun ikan kerumun.
tapi kat sini ikan yang agak besar join jugak.
cantik!
malangnya bila ikan besar tu datang nak ambik makanan, aku terus menggelupur sebab.. geli kot? hahah~
tapi aku takut kena gigit dengan ikan lagi pun ye jugak. heheh~

boatmen bawak kitorang pegi bawah jeti taman laut tu.
tengok sea eel.
gerun jugak aku sebab sea eel tu agak besar tapi dia duk diam kat dasar je so berani la aku nak pegi dekat dia.
then ada sorang boatman ni which is from other group la, dia punya sengal boleh  pulak cakap "don't worry, the sea eel is vegetarian!" padahal aku tengok dah bape banyak anak ikan kena ngap dengan sea eel tu.

pastu berenang berenang  berenang pegi dekat tempat kapal karam.
oh dekat situ pun ada lagi sekor sea eel!



dalam pukul 2 lebih camtu, kitorang gerak pergi Lang Tengah Island pulak.
dari marine park tu, it took almost half an hour la jugak.
aku sempat tidur lagi ye. yang ni takde nak segan, aku baring je terus =.=
mentang mentang dalam bot memang kitorang je kannn.

kat lang tengah, aku rasa takde apa yang menarik sangat kot?
adalah ikan cantik cantik semua but takde benda yang special.
ke maybe sebab aku dah penat kot?

so around 4 camtu, boatmen bawak kitorang pergi satu tempat yang i don't have any idea  apa nama dia, tapi kat situ orang duk berkerumun sebab nak mandi air yang super sejuk.
ngaaaaaaa~
memang fresh water habis =.=

so we are done with snorkelling on that day.
petang tu boatmen bawak pegi village diorang dekat perhentian kecil kejap to duduk duduk minum petang + tapau foods since kitorang mengadu foods mahal dekat pulau kitorang. hehe!
oh tapi memang dia yang mula mula tanya makan ok ke tak kat pulau tu =p


muka muka penat lagi burn yang still mampu bagi pose. hehe


eh?


lepas boatmen anta kitorang balik, kitorang sambung mandi dekat pantai.
the same location as the day before.
kali ni aku try bawak biskut and as expected memang ikan datang berkerumun bila aku hulur biskut tu. ikan yang cantik cantik pulak tu. bukan ikan yang buat stok goreng dalam kuali tu ye.
kelas kau ikannn. makan chipsmore lagi!


so basically 2nd night pun kitorang tido awal.
serius penat.
lagipun the next morning kitorang decide nak ambik morning boat which was at 8 am to jeti kuala besut.
so kena lah rehat secukupnya kan.

kesimpulannya it was really a fun vacation.
we did go for snorkelling masa dekat krabi dulu tapi masa tu tak dapat tengok ikan and coral secantik dekat perhentian ni.
and the package, memang berpatutan~
berbaloi lah kesimpulannya~


nah, pic before bertolak balik. sob sob, nak pegi lagiiiiiii!!!

3 comments:

  1. yayyyy full review~! joommm nak gi lagiii ehehhee

    ReplyDelete
  2. teringin nya nak gi...bila la agaknya akak bole smp cni...uwaaa

    ReplyDelete

Ads Inside Post