trazy.com

28 April 2014

Kiram's Village, Kundasang


Jadi izinkanlah saya bercerita tentang Kiram's Village ni dulu sebelum sambung cerita lain.
Sebab..hurm..sebab yang takde sebab haha!


Anyway, rasanya Kiram's Village ni agak famous among Malaysians kalau datang kundasang and nak duduk budget accommodation.

Kalau plan nak datang masa peak season especially cuti sekolah, tolonglah book in REAL advance.
Masa kitorang datang tu cuti sekolah baru seminggu habis kot so alhamdulillah la~ hehe.
Tapi tu pun book memang sebulan awal dah. Senang je. Just email and it wont take long for them to reply. Balas-balas emel 2 tiga kali, settle.

5700 feets above sea level and it's cold enough untuk orang yang tak berapa nak tolerant dengan cuaca sejuk (aku la tuhhh).

Nama-nama bilik dekat Kiram's Village ni adalah berunsurkan sayuran and fruits.
Macam kitorang, dapat bilik 'Onion' which can fit 4 people.
But don't worry, bilik tak bau bawang pon hew hew~

Onion & Chilli room. Ada gambar luar je. Dalam tak ambik hehe

Masa kitorang sampai, dah malam dah masa tu.
Jalan dari pekan kundasang ke Kiram's Village ni boleh tahan gelap dia, pastu naik bukit pulak kan.
Memang guna instinct penglihatan yang paling maximum nak tengok signboard dia (>.<)
Nasib baik tak sesat fuh!


Bilik adalah basic.
- Takde kipas takde aircond and memang tak perlu ada pun sebab dah sejuk.
- Bilik air ada water heater. Toiletries memang takde except shower foam. Tapi ada water heater tu dah terlebih cukup sebab kalau takde, memang kebarangkalian tak mandi adalah 99% lolz.
- Towel pun nan hado. jadi mohon bawak towel sendiri ok.
- Iron takde jugak. Mohon bawak iron sekali or bole je sewa dekat reception. Kalau tak pakai jela tudung crumple. Fashion zaman sekarang ni dah takde apa yang impossible. haha~
- Yang bestnya takde nyamuk. Maybe sebab tinggi sangat and sejuk, nyamuk dah beku dulu masa otw nak terbang gi Kiram's Village haha~
- Ni paling penting! Malam-malam tolong simpan kasut dalam bilik! Sebab apa? Tak, bukan sebab taknak bagi kasut basah sebab berembun. Sebab dekat Kiram's Village tu malam-malam ada anjing suka curi kasut. Tak tahulah pasaipa depa pilih kasut. Maybe they found kasut-kasut ni sangat menarik untuk dorang gonggong pastu tinggalkan dekat tempat random around Kiram's. Nobody told us about this anyway tapi kitorang terbaca notis pasal benda ni masa lepak-lepak dekat reception area malam tu. Ingat propa je satgi pagi esoknya memang ada orang hilang kasut! Pastu tengok kasut bersepah dekat tengah-tengah taman. Pagi tu memang ada spotted 2 ekor anjing yang muka naughty tu. Amboiii kemain buat projek curi kasut malam-malam kan? Adoila...pakcik sebelah bilik kitorang la salah sorang mangsanya. Tak pasal-pasal kena beli kasut baru.

Pagi dekat Kiram's semangat aku bangun subuh lepas tu tak tidur dah.
Sebab baca reviews, most people kata best time nak tengok puncak kinabalu  is at between 6 ~ 6.30 am. Lepas tu kebarangkalian puncak dah kena tutup awan.
Jadi kita pun semangat laaa.
Pukul 6 dah siap-siap nak keluar bilik.

Enam suku pagi

:D

close up sikit hehe

Pagi-pagi dia punya kesejukan adalah lagi tak hengattt. Pastu berangin lagi. Pakai pulak tracksuit kanvas yang selapis tu perghhh menggigil habis.  (ㅠ__ㅠ)

Tapi again, weather that day pun memang baik rasanya.
Sampai pukul 8.30 pun still takda awan tutup.



cantik kannnn~ <3


Same picture at different times

oh btw, i told you pasal dogs yang curi kasut tu kan?
tengok lah, ni ada orang ketakutan kene kejar anjing pagi tu.
sampai ke atas bumbung dia lari. hehe!

dalam usaha nak pujuk abang long turun dari bumbung
berjaya pujuk. abang long tengah breakfast dengan hurm..kak ngah?
abang long tengah sunbath. muka ganas tapi hati banyak goyang juga tu cehh! (=^.^=)


tengoklah, konon nak selfie ramai-ramai background gunung. Satgi dapat apa? Background semak samun je ada T__T
maklumlah, kita takde monopod.......gopro apentah lagi tsk. (ㅠ_ㅠ)

second attempt :'D

Kiram's full with blooming flowers :D
ni namanya random :p

overall, it was a good stay. sampai-sampai dah malam, setakat nak tidur je then next morning dah chow, so i have no complaint at all :D

10 comments:

  1. Salam

    nampak menarik tempat ni, bapak pernah sampai kundasang lama dah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      memang menarik! murah and environment cantik :)

      Delete
  2. jelousnyeeeeeeeeeee.............................

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi sile lah usha tiket kk..........hehehehe

      Delete
  3. Best nyer sampai kundasang nie.. lagi2 Karim village tu.. ok thanks atas nasihat bagai tu insyallah akan di amalkan bila ada rezeki untuk kesana nanti :D

    By the way Salam kenal :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-6-camden-town.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan karim, kiram la..wak karim xde village lagi :p
      insyaAllah, ade rezeki pls put this place in ur list :)

      Delete
    2. oh okay... ingat nama tak sama dengan sultan sulu tu hehehee... ok la kiram pun kiram la :D memang tengah buat list kalau nak ke sabah awal tahun depan nanti :D

      http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

      Delete
  4. Kalau dr kk ke sini agk jaoh tak? Thn nk tye , klu kate kami sewa kete dr kk, cni bole msok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari kk will be around sejam stgh mcm tu. xde prob nk masuk tempat ni if bawak kereta :)

      Delete
  5. brape harge smlmn awak berempat stay kt onion cabin tu ??tq

    ReplyDelete

Ads Inside Post