trazy.com

23 April 2014

Sabah - Canopy Walk @ Poring Hot Spring, Ranau



Dari Rumah Terbalik tu memang straight terus pergi sini.
Tujuan utama dia bukan nak mandi air panas pun..tapi nak try canopy walk dekat situ.
Btw, entrance fee masuk hot spring ni RM3. Masuk nak mandi ka nak jalan-jalan ka tetap kene bayar.

Masa kitorang sampai tu dah pukul 3.30 petang kot.
Lepas tu nak pergi ke entrance canopy walk tu adalah dalam 200m camtu.
Boleh jalan rilek-rilek lagi yang ni. Lalu tempat orang mandi manda air panas tu macam syiok je.
And pelik jugak at the same time.
Masa tu matahari tengah memancar dengan gemilangnya ok. Panas dia boleh tahan. Berpeluk ketiak jugak masa tu. Tapi tengok diorang ni mandi kolam air panas tu selamba je. Siap ada yang berenang kuak kupu-kupu lagi. Like, "weyhhhh tak panas ke berendam dalam air panas panas-panas buta ni?" (-_-")

Then sampai dekat entrance canopy walk, tengok macam dah syahdu je gaya.
Tanya dekat akak kaunter rupanya dah habis waktu melawat.
Masa tu pukul 4.10 petang. Waktu melawat sampai pukul 4 je tahu tak.

Ok.
Nak keciwa dah ni.

opening hours: 8am ~ 4pm (T_T)

Tapi terperasan dekat information board dekat entrance pasal 'Permintaan Khas di Luar Masa Buka'.
Kalau nak masuk luar waktu melawat boleh tapi entrance fee dah lain.

RM20

sekepala.

RM20 per head ya semua.
Itu kalau ada at least 4 orang.
Kalau kurang? 60 hengget sorang!
Haaaaaaa nampak tak permainan harga dia dekat situ tsk..
Normal fee RM3 je sebenarnya.
Discuss dan terus discuss kitorang decide ah layan ah. Doplo hengget pun doplo hengget la.
Sebab dah alang-alang sampai. Jauh drive dari KK sampai ranau, liku jalan naik turun bukit hujan diredahi semua takkan nak let go camtu je kan. Ceh padahal bukan aku yang drive pun hew hew~

Kena bayar RM5/kamera. Declare jela ada 1 kamera even sorang satu dah confirm ada smartphone kamera 10 megapixel. Takyah jujur sangat takpe heeee.

So bermula lah the real adventure.
Pasaipa aku cakap adventure?
Sebab masuk daripada entrance tu bukan boleh terus jumpa canopy walk pun.
Kena jalan.....or bahasa lagi tepat dia kene jalan mendaki 100 meter lebih.
Kena dekat aku yang memang dah lama retired bendalah exercise-exercise ni...memang best laaaa. (ㅠ__ㅠ)

(ㅠ__ㅠ)

Tapi cuma satu je yang aku pikir masa tu.
AKU DAH BAYAR 20 HENGGET JADI JANGAN MENGADA NAK PATAH BALIK!
Kerana duit 20 hengget jadi kugagahi jua langkah kaki even peha aku ada sikit rasa nak tercabut (ㅠ__ㅠ)

Dan ianya adalah berbaloi.
Cuma masalah lagi satu is that, aku ada sedikit acrophobia. Takut tempat tinggi.
Gayat memang gayat tapi aku suka. heeee!


Canopy walk ni ada 3 pit stops.
Yang the last one tu aku rasa yang paling tinggi dari atas tanah and paling panjang antara 3.


usha sikit view daripada canopy walk yang kononnya paling tinggi tu


pastu usha bawah jambatan tu sikit. haha~

anyway, it was a fun experience :D

sungai ni dekat dengan entrance. Macam best je nak mandi kan tapi tak tahu la air dia panas ke sejuk ke.

Otw to Kundasang that evening kitorang dapat tengok view kat bawah ni depan mata. 
Memang nampak clear puncak gunung kinabalu dari jauh.
And it's big, subhanallah. Cuma dalam gamba nampak macam normal size je.
Haha biasa lah kan orang semenanjung first time nampak gunung ni depan mata. Dia punya jakun lain macam sikit heeee.

Masa ni sume tak tahu yang the next morning view kinabalu adalah lebih ohsem :D

4 comments:

  1. Morning view of Mount Kinabalu is the best. Nak lagi kalau lepas hujan. Clear giler view. Btw, sis panjat bukit tu pun memang dah separuh nyawa. Demi nak jaga maruah depan kazens lain. Kata cucu sulung kang kalau give up, dapat lak gelaran veteran. Sob.

    ReplyDelete
  2. hahahaha nsib baik kuat hati! bole bangge jd cucu sulung hehe!

    ReplyDelete
  3. Perghh seronok nie canopy walk.. insyallah nanti datang sabah lagi akan try :D
    thanks share info di sini :D

    ReplyDelete
  4. J Residence
    Sangat Dekat Taman Kinabalu =)
    www.jresidence.com
    0128696969

    ReplyDelete

Ads Inside Post