17 April 2014

Sabah - Welcome Seafood Restaurant

Jadi kekdahnya, aku pergi sabah lagi sekali. Bulan 1 haritu ke mabul island, kali ni menjelajah KK & Kundasang.
Lagi sekali datang aku nak gi sandakan pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki ^^

Gerak petang jumaat by AA. Hari jumaat tu ambik half day cuti, keluar dari ofis terus gerak gi airport. Rajin sangat kan ambik cuti half day je..ikutkan ambik jela one day off terus zzzzz.

So sampai KK, member ambik dekat airport, naik kereta sewa which is a Myvi. Kereta ni dah book in advance tapi booked daripada member kepada member ni je pun. Paham tak ayat aku ni? Hmph.

Dinner!
Masa sampai tu  memang dah nice timing for dinner. Haruslah lapar kan!
Tuan rumah bawak kitorang makan dekat Welcome Seafood Restaurant.
Dekat area mana? hmph. Asia City ke? ok dekat KK lor. hahahaha sumpah tak tau. main ikut je pon. Mohon gunakan servis google untuk maklumat lanjut (ㅠ__ㅠ)
Dan ianya sumpah sedapss!
Mungkin jugak sebab tengah lapar, tapi, memang sedap pun sebenarnya.


Udang butter, Sotong salted egg, Sup ketam, Ketam masak cili, Kangkung goreng (kesian, gamba sayur takde)
Total damage adalah RM107 untuk 4 orang termasuk air sekali. Masa tu order 2 air kelapa fresh dengan 3 Air Tiga Rasa. Reasonable la harga dia! Sebab macam sesak perut jugak nak menghabiskan semua benda ni.

Haaa cakap pasal air kan, ni nak cerita pasal Air Tiga Rasa.
Apa ingat ikan je ke boleh buat masak tiga rasa? Air pon hado.
Lemon + Lime + Asam Boi pergh sedap okay. 
Sumpah sedap dekat tekak aku sampai repeat order lagi sekali.
Tapi sadisnya gambar takde. Rasanya haritu aku ada ambik gambar tapiiiii dah delete ke eh? T__T

So lepas makan, pikir2 la nak buat apa lepas tu. Tiba2 termasuk agenda karok pulak. lol. Datang KK jauh2 karok jugak yang kitorang buat T_T
Takpe, bagi can member sabah lepaskan gian lololol alasannn semata.
So kitorang pergi Suria Sabah.
Karok dekat sabah agak mahal even room dia biasa2 je pun tapi, over sangat dia bagi kitorang karok sampai pukul 3 pagi. That time kitorang datang around pukul 9 lebih malam kot.
Tapi dah orang kasik, kita tadah jela. Hiks.

Since the next day nak gerak to Kundasang, so malam tu memang tak buat apa sangat la.
But at last sampai umah member memang dah xtau pukul bape la. Itu semua salah karok la tu! Eh. Haha k malas datang menerpa. Bye! T_T


4 comments:

  1. udang nampak sedap sangatttt
    tu la baru nak tanye "AIR TIGA RASA??"
    nasib baik ada explanation.
    nak terjah la bebila travel ke KK nanti.. taktau la bile =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye nama dia air tiga rasa! mula2 nak mintak air limau asam boi tu tp waitress tu sebut nama air ni dah kite pun kompius dia sebut pasal air ke psl ikan msk 3 rasa -.-"

      haha, terjah2 ni bole jd add hoc je slalu nyeeee. sile pegi kk! tiket mcm tgh murah ni haha

      Delete
  2. Nana ko nak terjah KK? Ok sila inform. Aku nak menyebok jumpa juga. Tapi ko kena bawa aku gi Mabul lepas tu.

    Suraya oii. Sis pun xpernah rasa air 3 rasa tu. Dah upgrade pula list air kat KK ni ye. Ish buat malu je negeri sendiri tapi orang lain tau dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha terus nana tour satu sabah pastu XD

      hehe try buat la sis. sedap jugak rasa dia. more refreshing sbb tmbh lemon tu!

      Delete

Ads Inside Post