07 May 2014

Sabah - "Tagal" Sungai Moroli @ Kampung Luanti, Ranau




Ini adalah nama tempat yang paling susah aku nak ingat dekat sabah ni. Serius.
Nama tu tiba-tiba aku sebut jadi tunggang terbalik tak payah cakap la. Itu memang dah confirm.
Dah tu siap boleh typo like 'Moroli' jadi 'Moronti' (T___T) maafkanlah saya.
Even nak tulis post ni pun tadi kena refer google dulu alahaiii (ceh padahal dah ambik gambar signboard. overr je)
And, perkataan tagal tu ada maksud sebenarnya. 'Dilarang memancing/menangkap ikan'. 
ke? eh yeke? sis bie? tiba-tiba seru nama sis bie hehe!




Dekat sini famous ikan kelah la kan?
Montel-montel semuanya.
Dan jinak. Hahaha agak pelik bila ikan dibahasakan sebagai jinak sebab imagination aku goes like ikan tu boleh dipeluk-peluk lolz.

Tapi ada sedikit masalah.
Aku macam geli-geli sikit bila ikan tu duk bergesel-gesel dekat kaki.
Serius.
Sebab dia kan licin-licin kan so bila bergesel tu rasa meremang bulu roma (T__T)

!!!!!!!!!!!! =O

Oh btw, ada 2 jenis ikan dekat sini. Ikan besar dan ikan kecik. huahuahua~
Yang besar sikit tu sangat jinak suka gesel-gesel dekat kaki.
Yang kecik sikit tu suka jugak dia gesel-gesel tapi dalam gesel-gesel dia ambik peluang gigit kaki weyh!
Aku tak kena la pulak so aku tak tau camne rasa dia tapi member kata macam kene gigit semut tuuuu.

badan gelap2 tu ikan besar yang manja tuh. yang badan jernih sikit tu ikan kecik yang tak pasal2 gigit kaki orang. beware! kecil-kecil cili padi cecece tiba2 ada peribahasa bagai puiiii

Aku suspek dia akan pergi dekat kaki orang yang banyak kulit mati kotttt.
Fish massage katanya kann!~ (>_<)

ikut hati nak je tangkap ikan tu sebab geram! besar sangat! nak tangkap peluk2! tapi apakan daya, dapat hold pun 3 saat pastu terlepas sebab badan dorang licin. huh. 

btw, fun jugak sebenarnya :)
sebab sambil rendam2 kaki tu boleh jugak bagi dorang ni makan.
makanan ikan tu ada jual dekat kaunter masuk. RM1 sepaket. Entrance fee adalah rm3 lepas tu kalau ada kamera ke vidcam ke kena bayar jugak er tak hengat dah berapa (-__-")

5 comments:

  1. Hahahah ok yang diseru sudah mari. Aah tagal tu maksud dia 'jangan/tak boleh/dilarang/nehi/cannot'. Bahasa Dusun tu.

    Yang ikan kecik tu memang mengigit sikit sebab diorang sebenarnya lagi power untuk buang kulit mati tu. Sis paling suka masuk dalam tu. Tapi yang xbest, ada had untuk masuk dalam tu. Ke dah xde sekarang? Hihi last pegi ni 2012 sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Had apa BK? Had ketinggian ke?

      Delete
    2. Aah had tu still ada. 15 minit kan? masa kitorang g tu mcm prasan dia letak notis dekat kaunter tu tp ktorang mcm xprasan nombor kitorang dipanggil. sama ada ktorang mmg btul2 xdgr or sbb mse tu x ramai sgt org so dia bg can stay lame sket. hehe~

      Delete
  2. Best nampak tempat ni.. tenang jer rasanya... posting awak pun tergelak kejap saya membacainya :p haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah tmpt ni mmg best sbnrnye. sbb area kampung kan. air dia pun mmg bersih pstu ikan tu purposely dorang bela and mmg xbole tgkap lgsg.
      had tu had masa bole stay dlm tu. 15 minit je sorang. hehe

      Delete

Ads Inside Post