03 October 2014

10 Random Facts About Me When I am Travelling -- tagged by Nanatron

Aku rasa aku kena mintak maap dekat cik Nanatron sebab bapak lamanya dia tag baru sekarang aku nak buat. Tau tak nak cari 10 point tu sangat susah? Dulu karangan BM SPM pun cikgu aku suruh bagi 6 point je tau tak? Hah? Hah? ㅎㅎㅎㅎㅎ ok ok kita tak payah mengarut sangat la kan.


1. Itinerary and budgeting
Walau se-adhoc mana pun trip tu, biasanya aku akan prepare itineri dengan budget siap-siap. Bila buat itineri biasanya aku akan tulis siap-siap macam mana nak pergi tempat tu, dari pukul berapa sampai pukul berapa dia bukak semua so nanti takdelah kelam kabut last minute. Budget pulak aku buat so that aku tau ke mana duit aku akan lebur and berapa aku kena save untuk that particular trip. Maklumlah, tak kaya. Everytime nak travel kena save up money dulu. Huhu. Then aku akan make sure hotel/hostel/guesthouse sume dah book awal-awal before pegi. Aku sangat salute dengan orang yang main terjah je bila travel. Hotel tak book, mana tempat nak pegi pun kadang-kadang dalam flight baru susun. Aku tak confident lagi nak buat macam tu (T__T)


2. Scenic places
Ye, aku memang prefer tempat2 yang ada beautiful natural sceneries. Especially islands and beaches. Sampaikan every year mesti ada at least satu island vacation (^_^") Then bukit, gunung-ganang, tasik, kawah volcanos, tempat2 yang ada binatang pon okay jugak. Tapi lipas tak termasuk ye. Euw.


Oh aku bukan jenis yang menghayati sejarah sangat so muzium-muzium memang la aku tak berapa layan sangat. Pergi boleh je tapi jangan lah tanya aku lebih-lebih sebab nescaya aku tak serap segala informasi berguna hehe!


3. OOTD
Outfit of the Day. Pergh effort gila pergi travel pon nak ootd bagai zzzz. Aku memang tak setaraf la dengan fashionista2 yang ada dekat muka bumi ni. Ibarat nya dorang merak aku gagak. Tapi aku akan make sure baju-baju yang aku nak pakai tu takdelah selekeh. Sebab bagi aku the only memories that can remain forever are those moments that we captured in pictures. So aku taknak la sampai satu hari nanti aku sendiri pitam bila tengok balik gambar-gambar aku masa aku travel.
But still, most important thing tak kisah la macam mana pun attire kita asalkan comfortable kan?



4. Say no to drama!
Yes, i really hate 'drama' masa travel.  In other words aku tak prefer pergi travel dengan orang-orang pesen drama king/queen ni. Jadi end up biasanya aku travel dengan muka-muka sama je. Balik-balik muka depa, lepas tu muka depa lagi lahaiii.

Aku ada 2 simple rules regarding travel partners;

- Go with the total strangers. Yang baru kenal just because korang sama2 nak travel pergi tempat yang sama tapi takde geng. Kalau dia ngam dengan kita then lucky lah sebab boleh jadi kawan and ada harapan boleh travel sama-sama lagi in future. Tapi kalau tak ngam, maknanya boleh bye-bye forever lah lepas trip tu hehe!
- Or with those people yang memang aku dah betul-betul comfortable to travel together. Yang satu kepala.

So far belum pernah lagi travel dengan 'strangers' group huk.


5. Local foods
Akan mencuba untuk rasa local foods. Walaupun dekat malaysia ni ada melambak je makanan-makanan dari segenap pelusuk dunia tapi of course it is best to enjoy the foods in their homeland. Kan?



6. Medical supplies
Yang ni macam dah jadi tabiat before pergi travel mesti akan jumpa doctor dekat panel clinic pastu mintak macam-macam ubat. Better safe than sorry uols. Mana tau dah melantak makanan kat tempat orang tiba-tiba cirit-birit pulok? Haru kalau takde ubat siap-siap.


7. Drinking water + snacks in handbag
Masa mula-mula travel dulu, macam tak kisah sangat kalau takde air or makanan dalam beg tapi lama-lama mula realize yang 2 benda ni sangat la penting. Mana tau dah jalan-jalan tu sampai lupa pulak nak makan lepas tu tiba-tiba rasa lapar tapi masalahnya takda pulak kedai makan yang kau nampak. Haru biru ungu pink hijau terus. Air memang takde objection la kot. Tu memang sangat penting hehe.


8. Flight seating
Prefer window seat, especially yang near to the wing. Aku bukan jenis yang pergi toilet masa dalam flight so aku memang tak berapa comfortable bile duduk aisle or middle seat pastu orang sebelah tiba-tiba minta izin laluan nak pergi toilet. Kalau kita kenal orang tu maybe bole la switch tempat camtu je kan tapi kalau stranger lepas tu dia sampai 2-3 kali mintak laluan nak gi toilet, annoying2 pon terpaksa pendam dalam hati je sebab tak berani nak cakap 'nak tak tukar tempat?' (T__T). Normally for flight yang lebih sejam aku akan spend jela RM6 beli window seat kalau naik AA.

Ni pon another reason kenapa aku suka window seat. Sebab boleh nampak view yang awesome macam ni ;)

Oh lepas tu pulak ada sekali pengalaman aku haritu masa flight KK-KL by AA, aku dapat aisle seat. Dan2 pulak sebaris row aku dari seat A sampai F plus row belakang aku tu geng2 satu family yang duduk. Dorang bergelak ketawa aku okay je but sampai satu tahap dorang angkat monopod nak bergambar satu family tapi tiba2 aku yang macam tersepit kat tengah-tengah tu. Krik..krik..krik.. Awkward okayyy. Angin tak angin jugak la time tu. Terus aku panggil cabin crew cakap kat dia kalau ada window seat yang kosong bagitau aku sebab aku nak tukar tempat. Flight penuh masa tu but luckily ada window seat dekat belakang sekali yang kosong. Terus pindah tempat. Dapat la tidur tanpa gangguan tapi aku rasa duduk belakang dia punya bergegar bila turbulence macam obvious sikit tak? T_T redho. Angin tak elok masa tu sebab dah nak period hahaa~


9. Keychains collector
Sebenarnya without aku sendiri sedar, aku akan beli keychain untuk diri sendiri every time aku pergi tempat orang. Aku rasa aku memang dari kecik dulu suka kumpul keychains kot? Sejak zaman sekolah tadika. Walaupun end up keychains tu semua duduk dalam kotak je pun hewheww~ 


10. Travel insurance
Other than medicines, insurance adalah benda yang aku make sure aku akan buat before travel. Dulu mula-mula travel tak berapa kisah sangat pun pasal insurance tapi lepas tu terpikir what if anything happen masa aku travel tu? Lagipun travel insurance tak cover kemalangan semata tapi dia cover jugak claim untuk loss of personal documents, belongings, money. So prepare for the worst la kan. Sebab personal insurance yang aku dah sedia ada ni tak kaver travel insurance jadi since 2012 aku apply jela everytime nak travel. Tak mahal. Lagipun boleh buat online. So far aku guna AXA Travel Insurance from Affin Bank. Since tak pernah lagi ada kes hilang barang ke sakit ke, jadi tak dapat la den nak share pengalaman claim duit dari travel insurance.

Ok..kenapa aku berbunyi macam agen insurans ni?
#sayatakjualinsurans 
(-__-")


Sekian saja random facts yang panjang berjela daripada saya.



6 comments:

  1. Ape ke benda si Nanatrn tu suh awak wat Suraya? Tapi tu la... baca benda ni baru terfikir mcm2... saya ni jenis green brain, apa2 pun main terjah dulu baru pk :p nasib baik la travel partner (my best friend) jenis orang beringat.... kalau tak hancusss :p tapi baiknya watak saya ni letak la dalam situasi apa sekalipun in sya ALLAH leh selesaikan :) thanks for the tips... i pick up few pointers for my blog. Sweet ^__^V and bab tetiba tersepit tengah2 tu comel dan kelaka:p hope to see you in one of our great journey! Still hoping I can travel with my felllow bloggers.. we should plan something kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dlm grup travel mmg kne ade org yg terjah2 or main ikut je sbb kalo sume jenis nk plan kang haru biru gk >.<
      mase tersepit tu xkelaka ok. annoying gile sbb rse org x respect pax lain dlm flight. tsk

      Delete
  2. eh. aku tak tag si sifu sempoi ni ke. hihi. terlopeh la ekau...nextaim aku tag!

    ayooo moment cengkerik menyanyi sgt saat kau tersepit dalam moment wefie dorang tu. hehee...kau tau tak time aku nak gi pilipines aku gi jumpa doc sini mintak ubat anak kat doc mintak macam2 neh...ubat demam la..ubat sesema la..ubat batuk la..doc tu heran anak aku ok je apesal nak mintak ubat. bila cerita kita nak gi travel, berhambur gelak dia. dia kata...typical malaysians sblom travel mintak2 ubat...aikk doc dahhtuu...kita tak biasa negara orang..mana laa nak carik ubat2 secara adhoc ni kan. ni namanya thinking forward. apedaa. kau gigih kan beli travel insurance. sblom ni aku skip je tang AA insurance tu. but now i think, perlu lah. from next year aku akan beli travel insurance !

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih penting ubat-ubatan tuuu. aku da la suke seseme. kang silap g tempat tersejuk berhabuk kang tbe2 seseme. kalo kurang tidur pon bole jdik sbb seseme T_T

      sile beli ok travel insurance. kalo rse2 dri tu byk travel merata ambik je yg annual subscription. sonang xyah buat byk kali~

      Delete
  3. Drama sangat xdiperlukan! Kan?!? Sebab dah meras recent trip, migraine teruk terpaksa menghadap drama orang. Btw, if we happened to travel together...selamatlah xpayah beli seat unless Sue kena main latalitat ngan si Nana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tgk smpi migraine ngadap drama org! kompem mmg no-no dgn org drama2 ni. tinggal je dia bia dia jln sndrk ;'D
      yeah tula kte bc point sis da terpikir da kalo travel sesama mmg xde prob nk pilih tmpt duduk hahaha tp kne setel dgn nana pulok dah >.<

      Delete

Ads Inside Post